Syukur Ke Hadrat Ilahi,
Sungguhpun terlalu banyak cabaran yang negaraku tempuhi, namun kegemilangannya terus dirasai. Perubahan demi perubahan demi kebaikkan rakyatnya terus - menerus melanda setiap sanubari bagi rakyat yang bergelar warganegara Malaysia.
Setiap kali ku bangun pagi, aku membeli suratkhabar dan aku sentiasa memerhatikan kolum iklan jawatan kosong yang sentiasa tidak putus - putus dan bertambah. Bahkan apabila aku keluar ke pekan, aku dapati ada beberapa perniagaan yang masih menampal iklan jawatankosong walaupun sudah lebih 3 bulan. Aku tak berapa pasti sama ada mereka masih belum dapat tenaga kerja atau tenaga kerja mereka masih belum mencukupi.
Bukankah terlalu banyak peluang sudah ada depan mata tetapi kenapa rakyat Malaysia tidak mengendahkannya terutama golongan muda? Adakah mereka tidak minat kerana tangga pendapatan yang tidak lumayan serta mewah? Atau mereka tidak tahan dengan suasana kerja yang lasak?
Kadang - kala, aku merasa malu melihat bangsaku sendiri yang memandang enteng peluang - peluang sebegitu kerana sering kali peluang - peuang itu dinikmati oleh warga asing dan bahkan mereka juga boleh mengecapi kemewahan hidup dengan peluang yang disangkakan orang kita sebagai rendah tarafnya.
Sampai bila bangsa Malaysia harus bersikap begini?
MALAYSIAKU...
Monday, August 18, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)